BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 15, 2011

KAU . AKU [part 4]


AKHIRNYA waktu sekolah yang membosankan telah tamat. Fikry segera memecut motosikalnya ke tempat biasa. Hari ini tanpa ditemani gitar kesayangannya. Sesampai di atap bangunan itu, dia terkejut melihat seorang pelajar perempuan sedang duduk di tempat biasanya. Ditangan perempuan itu terdapat tudung sekolah yang sudah direnyuk. Pandangan mereka bertemu tatkala perempuan itu ingin memasukkan tudung ke dalam beg.
            Fikry ingin melangkah pergi. Tetapi sapaan daripada perempuan itu membantutkan hasratnya. “Eh, bukan kau ke yang aku tumpahkan air kat sekolah tadi?” Fikry berpaling. “Aku Nia. Em, sorry pasal kat sekolah tadi”. “Owh, tak apa. Kau selalu ke lepak sini”? Giliran fikry mengeluarkan kata.
            “Aku ada kelas tuisyen kat sana sepatutnya”. Tangan Nia lurus menunjukkan bangunan tiga tingkat dihadapan mereka. Fikry mengambil tempat disebelah Nia. “Tapi aku ponteng, malaslah aku. Aku baru je try lepak sini. Seronok jugak. Hari tu aku nampak ada boy lepak sini main gitar. Macam best je”. Fikry diam. “Hmm, boy tu akula. Aku je yang lepak sini. Tapi harini aku tak balik rumah lagi. So, tak adalah gitar”. Mereka terdiam sejenak, melayan perasaan masing-masing.
            “Kau form berapa”? Soal Nia. “Aku form six, upper”. Jawab Fikry perlahan. “Kalau ikutkan aku malas nak belajar dah. Tapi mak dengan abah aku asyik membebel je. Aku pun masuk tingkatan enam, barulah diorang tak bising sangat. Kau ni form berapa? Apasal kau tak pergi tuisyen tu”?
            Nia menarik nafas panjang. “Hmm, aku form five. Aku malas nak pergi, boring. Belajar benda yang sama gak macam kat sekolah. Aku nak pergi jalan-jalan, aku tak ada kawan. So, aku lepak je kat sini. Aku keluar sekadar nak tunjuk aku pergi tuisyen ni. Nanti Kak Mas bagi tahu mama and papa, mati aku. Tapi mama dengan papa tak pernah kisah pun kat aku. Eh, tak apa kan aku nak kawan dengan kau”?
            Fikry terdiam. “Aku tak kisah. Tapi kan aku pelik lah. Jarang girls tak ada kawan. Paling tak pun mesti ada sorang dua jadi member pergi shopping ke merayau ke. Kau ni pelik dari yang lain lah. “Kau je kawan aku setakat ni”. Nia bersuara perlahan. “Em, tak ada orang nak kawan dengan aku sebab takut dengan status aku. Bagi aku kan, apalah yang ada dengan status”. “Em, agaknya kau nilah Nia Adilla Dato’ Nasaruddin tu? Eh, lupa nak kenalkan diri aku, aku Fikry Zakwan Fadhil. Panggil aku Fikry”.
            Hari menginjak petang. Perbualan mereka terhenti disitu. Mereka sempat bertukar nombor telefon sebelum berjalan menuruni bangunan lapan tingkat itu. Masing-masing melangkah membawa haluan sendiri.

to be continue....

0 comments: