BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 15, 2011

KAU . AKU [part 4]


AKHIRNYA waktu sekolah yang membosankan telah tamat. Fikry segera memecut motosikalnya ke tempat biasa. Hari ini tanpa ditemani gitar kesayangannya. Sesampai di atap bangunan itu, dia terkejut melihat seorang pelajar perempuan sedang duduk di tempat biasanya. Ditangan perempuan itu terdapat tudung sekolah yang sudah direnyuk. Pandangan mereka bertemu tatkala perempuan itu ingin memasukkan tudung ke dalam beg.
            Fikry ingin melangkah pergi. Tetapi sapaan daripada perempuan itu membantutkan hasratnya. “Eh, bukan kau ke yang aku tumpahkan air kat sekolah tadi?” Fikry berpaling. “Aku Nia. Em, sorry pasal kat sekolah tadi”. “Owh, tak apa. Kau selalu ke lepak sini”? Giliran fikry mengeluarkan kata.
            “Aku ada kelas tuisyen kat sana sepatutnya”. Tangan Nia lurus menunjukkan bangunan tiga tingkat dihadapan mereka. Fikry mengambil tempat disebelah Nia. “Tapi aku ponteng, malaslah aku. Aku baru je try lepak sini. Seronok jugak. Hari tu aku nampak ada boy lepak sini main gitar. Macam best je”. Fikry diam. “Hmm, boy tu akula. Aku je yang lepak sini. Tapi harini aku tak balik rumah lagi. So, tak adalah gitar”. Mereka terdiam sejenak, melayan perasaan masing-masing.
            “Kau form berapa”? Soal Nia. “Aku form six, upper”. Jawab Fikry perlahan. “Kalau ikutkan aku malas nak belajar dah. Tapi mak dengan abah aku asyik membebel je. Aku pun masuk tingkatan enam, barulah diorang tak bising sangat. Kau ni form berapa? Apasal kau tak pergi tuisyen tu”?
            Nia menarik nafas panjang. “Hmm, aku form five. Aku malas nak pergi, boring. Belajar benda yang sama gak macam kat sekolah. Aku nak pergi jalan-jalan, aku tak ada kawan. So, aku lepak je kat sini. Aku keluar sekadar nak tunjuk aku pergi tuisyen ni. Nanti Kak Mas bagi tahu mama and papa, mati aku. Tapi mama dengan papa tak pernah kisah pun kat aku. Eh, tak apa kan aku nak kawan dengan kau”?
            Fikry terdiam. “Aku tak kisah. Tapi kan aku pelik lah. Jarang girls tak ada kawan. Paling tak pun mesti ada sorang dua jadi member pergi shopping ke merayau ke. Kau ni pelik dari yang lain lah. “Kau je kawan aku setakat ni”. Nia bersuara perlahan. “Em, tak ada orang nak kawan dengan aku sebab takut dengan status aku. Bagi aku kan, apalah yang ada dengan status”. “Em, agaknya kau nilah Nia Adilla Dato’ Nasaruddin tu? Eh, lupa nak kenalkan diri aku, aku Fikry Zakwan Fadhil. Panggil aku Fikry”.
            Hari menginjak petang. Perbualan mereka terhenti disitu. Mereka sempat bertukar nombor telefon sebelum berjalan menuruni bangunan lapan tingkat itu. Masing-masing melangkah membawa haluan sendiri.

to be continue....

Thursday, May 12, 2011

KAU.AKU [part 2]


2
            JUALAN burger pada malam itu laris. Hmm, dapatla income lebih sikit. “Fikry, aku dengan Sham dah nak balik ni. Kau nak lepak sini sorang-sorang ke”? “La… korang dah nak balik ke. Hmm, tak apalah. Aku pun nak chow juga lah”. Motorsikal dihidupkan. Dia memecut laju tanpa hala tuju.
            Akhirnya motorsikal cabuk yang dibeli hasil jualan burger itu tersadai di depan Wisma Laksamana. Kakinya melangkah laju munuju ke tangga. Perlahan-lahan dia mendaki anak tangga menuju ke atas. Disinilah dia sering menghabiskan masanya bersama gitar yang sudah berusia empat tahun itu. Pantas jarinya memetik gitar mengalunkan lagu meluahkan rasa yang terpendam dalam hati.
            “Apa nak jadi dengan kamu ni Fikry, belajar malas. Asyik dengan gitar buruk kamu tu je la. Cuba tengok along dengan angah, masing-masing dah berjaya. Senang juga hati mak dan abah ni tengok”. Terngiang-ngiang ditelinganya bebelan emak kepadanya saban hari. Namun dia pasti, satu hari nanti dia pasti berjaya mancapai impiannya.
            Jam menunjukkan hampir dua pagi. Eh, lama juga aku termenung kat sini. Dia bingkas bangun dan segera melangkah turun. Harap-harap mak dan abah dah tidur. Kalau tak terukla kena bebel lagi.


to be continue....

Wednesday, May 4, 2011

KAU . AKU [part 1]

1
PINTU terbuka luas. Akhirnya kaki berjaya melangkah sehingga ke atas bumbung bangunan lapan tingkat ini. Langkah diatur perlahan menuju ke tembok, dia duduk sambil membiarkan kaki tergantung. “Semalam, ada mamat tu duduk kat sini. Hari ni tak ada”. Dia  mengomel sendiri.
            Pantas zip beg sandang dibuka. Sebotol jus oren yang dah tinggal separuh diteguk laju menuruni rengkung. Dua bar coklat dibawa keluar. Pembalut dikoyakkan lantas digigit sedikit. Speaker pemain mp3 dikuatkan. Hai, dah macam orang pekak gayanya. Suasana hiruk pikuk bandaraya tidak kedengaran, yang bermain di telinganya hanya rentak lagu rock yang membingitkan telinga.
            Mata melirik kearah jam tangan Adidas pemberian mama sempena birthday tahun lepas. Hmm, pukul lima. Waktu tuisyen dah habis. Traffic jam. Kereta berderetan dengan bunyi hon oleh pemandu yang kurang sabar. Kalau lumba dengan kura-kura pun, tentu kura-kura menang. Dia pantas bangun dan menyumbat segala macam sampah ke dalam beg sandang. Dia melangkah turun dari bangunan itu.
            Akhirnya sampai ke mahligai mewah dua tingkat. “Cik, puan dengan tuan pesan, malam ini mereka balik lambat, ada mesyuarat. Kalau cik nak makan, Kak Mas panaskan lauk”. Hmm, perkhabaran seperti biasa, balik lambat, mesyuarat. Boring betul. “Tak apalah Kak Mas, saya tak ada selera nak makan. Saya naik dulu, penat”. “Kesian, dari kecil tak diberi perhatian ibu bapa”. Pembantu rumah itu membebel sendirian.

to be continue....

Saturday, April 30, 2011

[;D]

Hey there, ;D
Hehe… akhirnya sy bergembira sebab ditawarkan melanjutkan pelajaran…
Kat mne??
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR…
Bidang sains…
Tapi sy xsure nak pergi ke x…
Actually sy lg prefer diploma…
Kanape??
Hehe…. Sy ni mls ckit nak belajar….
Jd, sy amatlah berharap dpt diploma tuh…
Kalau xdpt pun,
Redha jelah…
Mcm mak ckp… xde rezeki kte kat situ…
Erm… bidang sains tu da ada pembaharuan plak…
No more fizik n hayat…
Skrg ada 3 modul yg boleh dipilih…
Sy da tgok da list subjek dlm modul tuh..
Insya Allah… sy akan pilih modul 2… [xde bio, ;D]
Tp tgok la cmne nnty..
Twrn ke ipt 6 mei nnty, I can’t wait…


Thursday, April 28, 2011

salam perkenalan....

hye there....
salam perkenalan buat sume....
selama bercuti ntah brpe bulan dah, [x kira pulak] sy membuat keputusan,
yg sye akan meng'explore' dunia blogging...
hahaha...
NPE??
usah ditanya kerana,
sy pun xde jwpn... ;D
kih3..
tp sye ada satu soalan yg bermain difikiran.. ceeeewah!!
bes ker blogging??
haha...jwb jgn xjwb...
rsenye tu jer salam perkenalan dari sy...
see u nxt tyme...insyaAllah....


inilah sye....