1
PINTU terbuka luas. Akhirnya kaki berjaya melangkah sehingga ke atas bumbung bangunan lapan tingkat ini. Langkah diatur perlahan menuju ke tembok, dia duduk sambil membiarkan kaki tergantung. “Semalam, ada mamat tu duduk kat sini. Hari ni tak ada”. Dia mengomel sendiri.
Pantas zip beg sandang dibuka. Sebotol jus oren yang dah tinggal separuh diteguk laju menuruni rengkung. Dua bar coklat dibawa keluar. Pembalut dikoyakkan lantas digigit sedikit. Speaker pemain mp3 dikuatkan. Hai, dah macam orang pekak gayanya. Suasana hiruk pikuk bandaraya tidak kedengaran, yang bermain di telinganya hanya rentak lagu rock yang membingitkan telinga.
Mata melirik kearah jam tangan Adidas pemberian mama sempena birthday tahun lepas. Hmm, pukul lima. Waktu tuisyen dah habis. Traffic jam. Kereta berderetan dengan bunyi hon oleh pemandu yang kurang sabar. Kalau lumba dengan kura-kura pun, tentu kura-kura menang. Dia pantas bangun dan menyumbat segala macam sampah ke dalam beg sandang. Dia melangkah turun dari bangunan itu.
Akhirnya sampai ke mahligai mewah dua tingkat. “Cik, puan dengan tuan pesan, malam ini mereka balik lambat, ada mesyuarat. Kalau cik nak makan, Kak Mas panaskan lauk”. Hmm, perkhabaran seperti biasa, balik lambat, mesyuarat. Boring betul. “Tak apalah Kak Mas, saya tak ada selera nak makan. Saya naik dulu, penat”. “Kesian, dari kecil tak diberi perhatian ibu bapa”. Pembantu rumah itu membebel sendirian.
to be continue....

0 comments:
Post a Comment